Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, October 5, 2017

Kinta Riverfront Hotel & Suites

Assalamualaikum

Dah lama tak menjengah blog yang dah lama bersawang ni.
Tapi hati ni bersemangat nak share dengan kawan2 kat sini pasal hotel yang saya menginap di bandar Ipoh, Perak sebab sebelum saya nak buat tempahan hotel ni pun, saya google juga di blog kawan2 yang dok ada.

Jadi saya harap, post ni membantu kawan2 kat luar sana. 

Saya baca review mengenai hotel ni sangat bagus.
Jadi saya call and tanya berapa harga kalau guna government rate.
Masa tu booking.com letak harga RM216 kalau tak silap.
Bila call & guna government rate dapat RM204 (termasuk breakfast untuk 2 orang).
Jadi kita guna je la kemudahan yang dok ada :)
Receptionist pun layan je pertanyaan saya dengan baik :).

Saya ambil Bilik Superior Double/Twin + 1 katil double lebih besar.
Lepas tu saya minta extra single bed. 
Yang tu kena charge RM90.
Deposit masa check in RM50.

Lupa dah dapat tingkat berapa.
Rasa tingkat 12.
Pemandangan luar daripada bilik sangat cantik especially waktu malam.

Highly recommended if uols nak menginap di hotel kat Ipoh ni.
Ada infinity pool & ye saya memang sengaja pilih hotel yang ada bath tub sebab senang pagi sebelum nak check out, anak2 boleh main dalam tu.
Kalau nak soh mereka pergi pool, memang tak le.
Sejuk.
Hehehe...

So, mai layan gambar2 kat bawah k. 
Cuma gambar agak tunggang-langgang sikit. 
So layankan aje k.
Hehehe..

 Akeef yang paling susah nak keluar daripada pool tu. Sampai ke sudah tak mengaku sejuk. Hihihi...

 Cantik je kan pemandangan waktu malam :)











So, alamat & nombor telefon hotel ni kat bawah ye:-

Kinta Riverfront Hotel & Suites
Jalan Lim Bo Seng, 
30000 Ipoh, 
Perak, 
Malaysia
Telefon : 05-245 8888  

Tata uols :)